Tuesday, August 28, 2012

The Final Post

I'm moving out!!
Oh yeah!! (^_^)

thinking of designing and changing this blog.
But then, 'rasa sayang la pulak'.. agaga.. suddenly, filled myself with sentimental value. (ceh.. ayat)

So, I'm officially inviting all of the readers to my newbies:
new website.
new layout.
new design.

this baby born on 2808. check it out! http://nazmi-studio.blogspot.com/

please pray so that I will continue to update it consistenly. ^^


Sunday, August 19, 2012

Eid Mubarak Everyone!!

eid mubarak everyone!! may Allah bless. maaf zahir n batin..Taqabbalallahu minna wa minkum :D

Saturday, August 11, 2012

Fear No More (from London to Msia)


Erk....
Olympian a.k.a mereka yang pakar dalam sukan pun boleh rasa macam ni ke? Pertama kali baca rasa macam tak percaya. Bior bebenor... Pergh! Orang hebat kot!
                Lari laju sepantas kilat!
                Sepak sikit terus je STRIKE!!
                Badan fleksibel tahap tak ingat dunia!
Hebat! Hebat! Memang mereka luar biasa best! Lain la kalu kita yang tahap biasa-biasa ni. Phew~

Tapi tu la.. fikir punya fikir... Konklusinya mudah je: mereka pun asalnya manusia biasa. Punya hati punya rasa. Sebab tu la Encik Victor Thompson selaku ahli psikologi bagi bidang sukan yang bertanggungjawab merawat mereka boleh keluarkan statement macam kat atas. Menurut  kajian, mereka ini juga lebih berisiko untuk mengalami penyakit kemurungan,  penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mental, cenderung untuk membunuh diri, melakukan penyalahgunaan dadah dan mengalami eating disorder selepas pencen dari bidang sukan berbanding populasi masyarakat umum (The Star, 10 August 2012). Puncanya? Peralihan kehidupan daripada individu yang amat aktif kepada individu biasa.

Fear no more!! Seriously, this is a public shoot straight to the head untuk diri sendiri. Juga, copy and paste guna gam cap gajah beribu juta kali ayat; “you are your own worst critics” tepat atas dahi. Bila rasa amat low self esteem plus inferiority complex tak kena tempat. Bila orang lain kata; “cantik” “ok dah tu” “tak nampak cuak pun” “la, boleh je tadi” “awesome!” “boleh buat punya” “Result ok je kan before this?” Waktu tu  berkelip-kelip statement “why did others believe more in yorself  compared to you?”

Tak kisah la tentang study yang hyper punya susah atau bab-bab design yang amat best. That feeling of worriness still there. Ingat lagi kata-kata mak cik yang awesome: “yang penting itu sememangnya produk, tapi yang lebih penting itu USAHA. Allah nilai sejauhmana USAHA kita. Jadi, sebagai hambaNya tangggungjawab kita adalah untuk melaksanakannya dengan cara yang TERBAIK.” Maka, pesanan buat diri: buat yang TERBAIK. Memang Allah dah pilih untuk masuk course yang berselirat wayar dan neuron bila berfikir, lagi-lagi bila nak settle down semua assignments dan face-to-face dengan exam berantai dan berangkai. Memang Allah tak pilih untuk berada dalam course design yang sangat amat BEST. Juga, tak perlu rasa inferior bila compare design sendiri yang serba serbi kurang berbanding designer-designer yang superb. Bak kata Ustazah Ainal, “aci la depa punya cantik, dah memang depa dok dalam bidang tu.” Sewajibnya rasa BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH sebab Allah hadirkan mereka-mereka yang baik hati yang tak jemu tolong komen, tolong memeningkan kepala tengok design yang tak selari dengan tema, tolong cadangkan itu dan ini serta tolong tunjukkan begitu dan begini..

See, Allah tu MAHA BAIK kan?
Juga, sungguh AWESOME!!
          
      Maka, MOU dengan diri sendiri. Sila jangan bunuh diri dan mati sebelum waktunya. Bak kata abah, rasa-rasa yang negatif itu memanggil-manggil frekuensi negatif. Tukar masuk rasa-rasa positif. Terus frekuensi positif datang beramai-ramai. Fear no more! Just chill & do it!

(maaf kepada encik-encik,  puan-puan serta kakak-kakak juga sahabat-sahabat yang request designnya belum siap. Designer tak bertauliah tetiba stuck. But then, it is a relieve that she finally manage to do her own self-reflection. Sila tolong doakan saya (^_^) sure dapat topup pahala saudara dan saudari punya! Hehe..)

Till then, happy fasting, do your BEST for the third phase of this holy month.
Surely, we will miss it like crazy ^^

Credit to the article entitled  "Retiring athletes don't know what to do" via The Star 10 August 2012.



Wednesday, July 25, 2012

Complete the Quran Tips!

credit to: Sis Amnani fb via Sham Kamikaze page
Salam ramadhan kareem. Alhamdulillah masih lagi berpeluang berada dalam bulan pesta ibadah ni!!

sgt excited lagi teruja!

           Ok, back to the business. Sebenarnya nak share tips khatamkan Quran. Mudah je. kalau baca 20 m/s sekaligus sehari tapi baca gaya marathon macam tak berbaloi la~Jadi, apa kata kita baca sama-sama 4 m/s setiap kali lepas solat sekali dgn makna. Nanti, habis ramadhan dah dapat 2 pakej.

1 pakej khatam baca quran.
1 pakej lagi khatam baca tafsir quran.

          Mood: rugi kan kalau tak ambil peluang ni. Allah dah offer nak ganda setiap amalan 10-700 kali ganda. Banyak tu! Cer bayangkan: baca sekali, tapi dapat ganjaran10 kali! Memang rugi kalau tak dapat.

Jadi, jom-jom.. kita khatamkan quran sama-sama!
All the best!
Happy Ramadhan Kareem :)

Wednesday, July 11, 2012

Saturday, May 26, 2012

Yes! You Can!

Di sebalik kesengetan yang melanda..
(senget sangat ke? jap... sila abaikan kenyataan di atas)

Ok. Selamat datang. Selamat membaca.
Ini bukan warta dunia. Ya, sudah tentu bukan.

Namun begitu, tuan punya tanah ingin berkongsi sebuah cerita.
Al-maklumlah sejak dari dulu lagi dia jatuh cinta dengan ustaz Pahrol.
Ops! Bukan-bukan!
Sebenarnya dengan penulisan dan penyampaian ustaz Pahrol yang menarik tertarik.

Untuk slot ulangan percuma boleh baca di sini (^_^)
(p/s: ia sudah diedit, ditambah rencah sesuka hati oleh tuan punya tanah.Namun, maksud asal masih dikekalkan. Jadi, jika mahukan versi asal sila dengar slot mukmin profesional di Ikim.fm) 

Friday, May 11, 2012

Status? Erkk.... =.=


Mr. X: Status?

Miss Y: Undecided.

Mr. X: La. cepat la, single ke tak?

Miss Y: Kalau single pun, kalau tak decide lagi nak kahwin ke tak, sama je la kan?
(mood: cuba bagi soalan yang ada skema jawapan sikit. adoi)

Behind the scene; 

Miss Z: Ya Allah, awat la pi reject dia straight to the point.

Miss X: La, dah dia tanya straight to the point, kita kena bagi jawapan straight to the face. Kan kan? Lagipun, dia tanya ja; jadi itu namanya gaya lawak antarabangsa. Reject tu bila ada orang approach. Approach maksudnya jumpa abah saya. Kalau jumpa saya, itu lawak antara benua namanya. ni mana dapat cerita ni? cepat je..

Miss Z:  Dah trang tang tang buat lagu tu kat public mana la org lain tak taw. Kenapa tak hold on dulu? Tak nak consider langsung ke?

Thursday, April 19, 2012

trademark :)

lastly berjaya jugak standardize design utk diri sendiri :) alhamdulillah

Friday, April 13, 2012

Tunas



tunas; asal kita jelas berbeza, mungkinkah kita menjadi insan yang sama?

pencari: huhu.. sedih..

pewaris: awat?

pencari: saya bukan dari sekolah agama... background family pun so-so aja..

pewaris: so...?

pencari: banyak yang tak tau.. kan best kalau dulu dapat masuk sekolah agama..

Wednesday, March 28, 2012

Stop.Smile.Stop.Start it all over again :)

Assalamualaikum!! (sila baca dgn nada penuh excited!!)
tayang buah.. tayang buah... haha :)
stop.smile.stop.start it all over again!

test tak habis lagi.. cuak pun tak habis lagi. tapi sempat je update.. apakah?

sebenar-benarnya; wanna say thanks so sooo much kpd k.am & tmah k ats kesudian mengimport buah dari Cameron Highland nan sejuk beku itu :D
huhu.. nak pergi, tapi bercinta dgn test...

btw, love that strawberries & pearl maize sooo much!!
thanks. thanks. thanks.semoga Allah sayang kalian ber2 ^^




Wednesday, February 15, 2012

'Happy' Valentine's Day?

'Happy'??


Semalam, 14th Feb.. macam-macam cerita. macam-macam ada.
hari 'kekasih.' hari penuh kasih dan sayang?
dan untuk dia; i feel the love sambil memejam mata; 'number one for me by maher zain' masih terngiang-ngiang di telinga..

flashback; dialog yang membuatkan neuron aktif,  fikir lagi.. apa dah jadi??

Adik penuh tanda tanya: apa pendapat akak tentang orang yang ber'couple'?

Kakak penuh jawapan: orang ber'couple' sebab tak cukup kasih sayang..

Adik penuh tanda tanya: macam mana tu akak?

Kakak penuh jawapan: dia tak cukup kasih sayang sebab dia ada masalah.. kan kajian ada cakap yang keluarga bermasalah tiga kali ganda berpotensi untuk melahirkan anak yang bermasalah berbanding keluarga yang tak  bermasalah (sila rujuk buku memimpin remaja sekolah; teori dan praktik hasil tulisan Ibrahim Mamat)..

adik penuh tanda tanya: aik?  habis tu keluarga yang tak dak masalah anak-anaknya tak 'couple' ye??

kakak penuh jawapan: tak jugak.. ada je yang 'background family' ok, tapi anak-anak 'couple'.. ada jugak yang datang dari keluarga bermasalah tapi anaknya ok je walaupun tak 'couple'... 

........... habis tu akak, 'error' dia tang mana? .............

Saturday, February 4, 2012

I.C.T ^^

Salam alaik :)

tajuk utk post kali ini; I.C.T : Indahnya Ciptaan Tuhan

tuju-tuju gambar ni kepada tuan puteri. Moga tuan puteri tabah-tabah selalu ^^
tempat kejadian-Tasik Melati, Perlis.


ayat 'awesome' hari ni..penjaga terbaik buat semua ^^
tempat kejadian- Ins. Pend Guru Kampus Tmgg Ibrahim, Johor Bahru, Johor.





Thursday, January 26, 2012

Neuron yang kepeningan itu

Assalamualaikum pembuka bicara (ok, ayat intro yg amat skema.. huhu)
scribble ttg minda.. mood skrg; 'finding nemo' seriously, i need a book.. 
Sememangnya, ibarat tajuk di atas, rangkaian neuron sedang mengalami tahap kepeningan yang berganda-ganda.

Kalau dalam Math Tam; kuasa 2, kuasa 3, kuasa 4.. (mana2 sahaja yg boleh..)

Straight to the point; bantuan kecemasan diperlukan


IKHTILAT -> turut dikenali sbg (pergaulan antara lelaki dan perempuan)
dalam konteks artikel pada kali ini ia berkenaan perhubungan dan komunikasi.


boleh: sekiranya ada urusan
tak boleh sekiranya meleret-leret.

bolehnya setakat mana?
yang tak bolehnya setakat mana?

soalan aras tinggi ke ni?

ada tak parameter?
ke apa-apa instrument yang boleh digunakan sebagai kayu ukur?

...atau...

sebab ingin menjaga hati; just ignore, refuse to answer the call, refuse to ask Question..

segala-galanya berputar ke arah 'REFUSAL'

Pengalaman Oh Pengalaman


Kalau anda bekerja dengan robot.. senang.. dia memang android tak berperasaan.
Kalau anda memang android tak berperasaan pun senang.. sebab tak rasa apa-apa..
Cuma yang kesian orang di sekeliling anda..
Kalau sekolah dan sekelas dengan pelajar yang semuanya perempuan lagi senang.. kalau kena berhubung pun nanti cuma dengan ustaz dan cikgu lelaki..

Betul ke boleh 'ignore' macam tu je?

Wednesday, January 25, 2012

Number one for me!!

                                                              no.1!!! (^_^)

Friday, December 2, 2011

Kekasih & Musuh

Credit to : Mr. Muhammad Haji Salleh
Taken from : Aksara Usia (p.84)


Mood : mentafsir realiti.
Melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat,
(^_^) justeru, pandangan anda pula bagaimana?

Saturday, November 5, 2011

Perang Dunia

perang yang bagaimana?

Situasi 1

dia : jom, buat benda lain. peninglah teori-teori segala. tutup buku tutup mata. kan best.


cik hati : jangan, sikit lagi. kalau tak faham baca lagi. kalau tak boleh juga cuba tanya pensyarah ke, kawan ke. Insha Allah boleh tu.

Situasi 2

dia : tengok. semua orang pun taw betapa criminal nya dia. tak kan masih nak layan elok-elok? dia tu teruk la.. sekejap baik sekejap macam apa lagi perangai. nak sabar sampai bila? tak dengar ke tadi.. sampai orang kata 'kalau saya jadi awak, dah lama pinggan mangkuk melayang'

cik hati : sebab saya bukan awak. daripada melayangkan pinggan mangkuk baik saya hempuk guna tong gas je. kan lagi berat. sebab saya dah kata saya tak nak marah. kalau semalam saya boleh sabar, hari ini saya mesti terus sabar.

Situasi 3

dia : awak ingat Allah sayang kat awak ke?
cik hati : apehal?
dia : awak ingat Allah nak maafkan awak ke?
cik hati : apesal?
dia : ala, kan kejap semangat waja nak buat baik kerana Allah.. pastu down.. pastu ok balik.. pastu k.o.. eee tak fahamlah. Allah terima ke semua tu?

pernah ke rasa macam tu?
atau.. hari-hari tak rasa apa-apa, sama je?
atau.. semakin hari semakin bahagia?
atau.. semakin hari semakin derita?

Sunday, October 23, 2011

Saturday, October 8, 2011

JIBAM

Assalamualaikum :

JIBAM : prologue :
'kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'

Fikir dan angguk.
'We're all equal but not the same'

Angguk lagi.

JIBAM.. sebuah novel,
ulang baca buat kesekian kali.

Kalau dulu, masa darjah 2,
mengambil masa seminggu untuk habiskan novel kesusasteraan abah.

Sekarang cuma 4 jam.
Masa berlalu, manusia berubah..

Kalau dulu, cuma yang fotokopi,
sekarang dapat yang ori dari library.

Senyum dan angguk.
Setiap orang ujiannya berbeza.
Yang sama cuma : 'Allah tak kan uji kalau tak mampu'
Maka : 'Insha Allah we can do it!!'

Takdir berbeza, tujuannya tetap sama.
Manusia punya pelbagai ragam : belajarlah untuk berlapang dada.

Allah Maha Penyayang
Ratio : kalau 1:100 @ 1:1000.
satu dalam seratus/seribu orang je yang selalu perangai pelik-pelik tu.
Jadi, buat apa nak ambik port sangat dengan yang seorang?

Hahaha..

'kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'
Jibam, kan bagus kalau semua orang belajar memahami?


Wednesday, October 5, 2011

Hati-hati menjaga hati

Salam alaik,

mood sebenar : zZz zZz.. (sila pergi tidur..)
Mood luar dari kebiasaan : tak dapat nak tidur..
Konklusi : masalah..

Soalan : semua wajib jawab. ok?
Kenapa mesti kena ada rasa cemburu???

Serious, pelik bin ajaib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...