| perang yang bagaimana? |
dia : jom, buat benda lain. peninglah teori-teori segala. tutup buku tutup mata. kan best.
cik hati : jangan, sikit lagi. kalau tak faham baca lagi. kalau tak boleh juga cuba tanya pensyarah ke, kawan ke. Insha Allah boleh tu.
Situasi 2
dia : tengok. semua orang pun taw betapa criminal nya dia. tak kan masih nak layan elok-elok? dia tu teruk la.. sekejap baik sekejap macam apa lagi perangai. nak sabar sampai bila? tak dengar ke tadi.. sampai orang kata 'kalau saya jadi awak, dah lama pinggan mangkuk melayang'
cik hati : sebab saya bukan awak. daripada melayangkan pinggan mangkuk baik saya hempuk guna tong gas je. kan lagi berat. sebab saya dah kata saya tak nak marah. kalau semalam saya boleh sabar, hari ini saya mesti terus sabar.
Situasi 3
dia : awak ingat Allah sayang kat awak ke?
cik hati : apehal?
dia : awak ingat Allah nak maafkan awak ke?
cik hati : apesal?
dia : ala, kan kejap semangat waja nak buat baik kerana Allah.. pastu down.. pastu ok balik.. pastu k.o.. eee tak fahamlah. Allah terima ke semua tu?
pernah ke rasa macam tu?
atau.. hari-hari tak rasa apa-apa, sama je?
atau.. semakin hari semakin bahagia?
atau.. semakin hari semakin derita?
