Sunday, July 31, 2011

::: Berjalan tanpa henti :::

Assalamualaikum w.b.t 


menjadi yang hebat, bermula dari yang hebat.
didikan yang terbaik melahirkan yang TERBAIK.

PESANAN ITU : sila simpan kemas di dalam hati


1. apapun yang terjadi kita kena REDHA.. Sabar dengan semua yang berlaku. Pasti ada hikmahnya
2. Jadi kakak kena KUAT, kena berani melangkah.
3. Semuanya bermula dengan SAKIT.. kalau tak rasa sakit bukan belajar namanya..
4. sedih itu pasti ada, namun kena kuat demi anak-anak; supaya semuanya dapat berkumpul di syurga.
5. Memberi tak pernah rugi. YAKIN lah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
6. Solusi : beramal & berdoa, berusaha agar semuanya dapat ke syurga walau apapun caranya.

~~~ jaga adik baik-baik ~~~

Sungguh, kagum dengan keluarga itu.
Semoga Allah berikan yang terbaik buat mereka.

DE JA VU?

De Ja Vu ke? Cuma terasa macam pernah melalui semua ini. Ada persamaannya. Melihat mak cik yang penyayang mengingatkan padanya yang penuh kasih sayang. Seperti berjumpa dengan umi buat kali kedua.

REFLEKSI

Kita punya sejarah tersendiri.
Kita melalui pengalaman tanpa henti.
Yang membezakan cuma cara kita berdepan dengan pengalaman..

adakah ianya mampu membuatkan kita makin bersyukur
atau menyebabkan kita makin kufur?

Tak dinafikan 
pengalaman itu menyakitkan
kehilangan itu memeritkan

Walau ada yang mengatakan 
'time will heal everything'
namun
masa tak mampu mengubati sebuah kehilangan.

kehilangan melahirkan sang perindu.
yang menanti hadirnya pelangi
pada pertemuan yang abadi (^_^)

ON CALL?

berusaha menuju ke Sana.
semoga Allah berikan yang terbaik buat semua.


3 comments:

Pemilik Sekeping HAti said...

speechless !

kesusahan dan keperitan yg mendatang bukan bereti ianya untuk melemahkan..

kesenangan dan kemudahan yang menghampiri bukan bermakna ia menguatkan..

kerna semuanya umpana roda yang sentiasa berputar.

apabila kita dibawah bukan tanda Allah tak sayang kita.tapi itulah petanda Dia mahu kita dekat denganNYA..

tinggal,sejauh mana kita mengambil segala yg terjdi sebagai seribu satu hikmah demi mengikat kita dan redhaNya!

~~peneroka khazanah rahsia~~
qolbun saleem

Qawiem Khairi said...

betul kata peneroka di atas,
tidak ada daya dan upaya utk kita terus kuat mengharungi badai ini dgn kekuatan sendiri,
melainkn kita byk2 memohon pdNya,
krn Dialah yg tahu dan sentiasa sudi utk mendgr luahan hati kita.

'ujian' tidak pada menjatuhkan,
'senang' tidak pada mengagungkan,
kadang2 ujian itulah yg mengangkat kita menjd insan yg lebih luar biasa,

teruslah cekal dgn gelora yg menimpa,
mudah2an rahmatNya akan menyelimuti kita nnt. Amin.

~~Pelaut Rabbani~~
___mQue___

Nazmi Studio said...

to : peneroka & pelaut
(1 di lautan, 1 di daratan : bila bergabung, impaknya luar biasa)

terima kasih atas nasihatnya.
hakikatnya kita semua diuji, sesuai dengan kemampuannya.

semoga yang diuji terus melangkah, x kenal erti kalah.
semoga dengan ujian ini kita lebih mengenali Nya.

semoga Allah redha dengan kalian berdua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...