Saturday, November 5, 2011

Perang Dunia

perang yang bagaimana?

Situasi 1

dia : jom, buat benda lain. peninglah teori-teori segala. tutup buku tutup mata. kan best.


cik hati : jangan, sikit lagi. kalau tak faham baca lagi. kalau tak boleh juga cuba tanya pensyarah ke, kawan ke. Insha Allah boleh tu.

Situasi 2

dia : tengok. semua orang pun taw betapa criminal nya dia. tak kan masih nak layan elok-elok? dia tu teruk la.. sekejap baik sekejap macam apa lagi perangai. nak sabar sampai bila? tak dengar ke tadi.. sampai orang kata 'kalau saya jadi awak, dah lama pinggan mangkuk melayang'

cik hati : sebab saya bukan awak. daripada melayangkan pinggan mangkuk baik saya hempuk guna tong gas je. kan lagi berat. sebab saya dah kata saya tak nak marah. kalau semalam saya boleh sabar, hari ini saya mesti terus sabar.

Situasi 3

dia : awak ingat Allah sayang kat awak ke?
cik hati : apehal?
dia : awak ingat Allah nak maafkan awak ke?
cik hati : apesal?
dia : ala, kan kejap semangat waja nak buat baik kerana Allah.. pastu down.. pastu ok balik.. pastu k.o.. eee tak fahamlah. Allah terima ke semua tu?

pernah ke rasa macam tu?
atau.. hari-hari tak rasa apa-apa, sama je?
atau.. semakin hari semakin bahagia?
atau.. semakin hari semakin derita?

Dwi-dunia?

kata Anwar Bakhari 'manusia hidup dalam dua dunia'
bahasa buku baku '1. intrapersonal 2. interpersonal'
bahasa mudah '1. antara diri 2. antara diri dan persekitaran'

katanya lagi 'ramai manusia cuma nampak satu dunia sahaja'

awak yang bagaimana?

sedangkan kita tinggal dalam dua dunia..

tanya seorang adik : kakak, macamana nak gembira selalu? akak tak sedih ke?

cuma mampu tersenyum (^_^).

adik, kita tinggal dalam dua dunia.
satu dunia yang merasai semuanya.
gembira, sakit, suka, duka.
satu lagi antara diri sendiri dan mereka.
dunia bilamana kita berinteraksi.
melahirkan apa yang kita rasa atau cuba mengawal suasana..

Perang Dunia.

Melawan apa yang kita rasa.
Melawan bicara yang melemahkan.
Melawan bisikan yang meruntuhkan.

Kalau berjaya dalam perang intrapersonal.
Insha Allah boleh cemerlang dalam interpersonal.

Matematik mudah kehidupan :
Berjuang dan kamu punya peluang untuk menang
atau.. Mengalah dan sememangnya automatik kalah.

Semalam : terima kasih pada yang mengingatkan. terharu ^^

Jangan berputus asa dari rahmat yang Maha Esa.

Pinta pada Nya agar ditunjukkan hidayah.
Pinta pada Nya agar dipermudahkan jalan kehidupan.
Pinta pada Nya agar kuat mendepani rintangan.
Pinta pada Nya agar diberi peluang memiliki firdausi.

Ada yang berkata 'aku bukan maksum.. memang confirm mesti buat salah punya.. Ha.. tu la yang sekarang ni pun aku buat silap lagi'

Kata mak cik yang baik hati : 'Allah tak perintahkan manusia untuk suci dari dosa. Dia yang menciptakan justeru Dia tahu kemampuan manusia. Sebab manusia bukan maksum. Sebab tu Allah cuma perintahkan berusaha untuk menyucikan diri dari dosa-dosa. "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)-hadis."

Kepada cik hati : aja-aja fighting!!! never ever give up!!

Kepada dia : ish, korang ni.. si nafsu dan si syaitan..
memang sah ni aje la kerja dan profesion korang sampai ke hari kiamat.. sesat & menyesatkan!

Soalan cepu emas bersalut madu untuk anda

Perang, setiap masa dan ketika.
Perang hingga ke akhir hayat 
Persoalannya, perang melawan siapa?
(jawab jangan tak jawab)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...