Wednesday, February 15, 2012

'Happy' Valentine's Day?

'Happy'??


Semalam, 14th Feb.. macam-macam cerita. macam-macam ada.
hari 'kekasih.' hari penuh kasih dan sayang?
dan untuk dia; i feel the love sambil memejam mata; 'number one for me by maher zain' masih terngiang-ngiang di telinga..

flashback; dialog yang membuatkan neuron aktif,  fikir lagi.. apa dah jadi??

Adik penuh tanda tanya: apa pendapat akak tentang orang yang ber'couple'?

Kakak penuh jawapan: orang ber'couple' sebab tak cukup kasih sayang..

Adik penuh tanda tanya: macam mana tu akak?

Kakak penuh jawapan: dia tak cukup kasih sayang sebab dia ada masalah.. kan kajian ada cakap yang keluarga bermasalah tiga kali ganda berpotensi untuk melahirkan anak yang bermasalah berbanding keluarga yang tak  bermasalah (sila rujuk buku memimpin remaja sekolah; teori dan praktik hasil tulisan Ibrahim Mamat)..

adik penuh tanda tanya: aik?  habis tu keluarga yang tak dak masalah anak-anaknya tak 'couple' ye??

kakak penuh jawapan: tak jugak.. ada je yang 'background family' ok, tapi anak-anak 'couple'.. ada jugak yang datang dari keluarga bermasalah tapi anaknya ok je walaupun tak 'couple'... 

........... habis tu akak, 'error' dia tang mana? .............



bila saya 'survey' kan akak, lagi ramai yang couple datangnya dari keluarga yang aman dan bahagia..

cuma tu la... bahagianya sekadar di permukaan..

luaran nampak bahagia, tapi dalaman menderita.. 

kesian kan??



Couple ; isu yakin vs percaya

Premis 1; Semua yang sambut valentine bercouple.
Premis 2; Semua yang bercouple kurang kasih sayang.
Konklusi: Semua yang sambut valentine bercouple kerana kurang kasih sayang. 


Justeru, TANYA PADA HATI..

gejala kurang kasih sayang tu berpunca dari mana?
kematian orang yang tersayang? penceraian ibu dan ayah? rasa tersisih? rasa dipinggirkan? rasa terabai?
rasa kurang serba serbi?

bercouple dengan harapan segala kekosongan tu terisi??

Rata-rata yang berCOUPLE jelas yang couple itu HARAM.
Rata-rata yang berCOUPLE sedar yang adanya Yang Maha Penyayang..

see, itu buktinya mereka percaya..
tapi sekadar PERCAYA belum cukup.

yang perlu; PERCAYA dan YAKIN..

bila YAKIN yang kamu hanya PERLUKAN KASIH SAYANGNYA.. insha Allah secara automatiknya segala kekosongan bakal terisi dengan sendirinya :)

Testimoni; Tak couple lebih bahagia ^^

Saya ada kawan.., darinya saya belajar sesuatu.. dia bercouple dari form 1 sampaila waktu kami sama-sama ambil asasi dulu.. Tapi, tiada yang kekal. Berganti-ganti. Bila saya tanya kenapa? Dia cuma cakap 'i hate men.' Sungguh, waktu tu saya amat terkejut.. So?? kalau tak suka kenapa 'couple'?

I just take revenge..

'Kes balas dendam'

Puncanya; dia rasa semua lelaki jahat.
dia rasa semuanya tak mungkin setia.
dia rasa semuanya tak jujur.
sebab ayahnya pernah curang.. dan dia rasa semua lelaki sama je..

Dia cantik, orangnya baik.. sekali pandang tampak sempurna.
dua kali pandang; sah.. ada yang tak kena..


yang sedihnya, dia tak tahu pun yang 'couple' tu salah..
sebab katanya; semua tu dah jadi budaya.. hanya orang yang tak 'couple' je nampak pelik..
syukur, selepas dia tahu, dia berubah.. 

teringat lagi masa dia mula-mula clash,
masa dia rasa sukar untuk bernafas..
masa dia mula-mula belajar untuk bangun..

kalau dulu; ada yang tolong belikan topup, ada yang tolong belikan makanan.. ada yang tolong belikan tiket.. ada yang tolong tanya sihat ke sakit..

dan dia juga yang memberi gelaran 'android tak berperasaan' tu..
haha.. aci la..

bila dia tanya.,

'how could you do this by yourself?'

'just do it and believe in myself.' sambil hati menjerit 'i can!!'

bila dia cakap;

'see, handsome kan?'

'handsome..'

'weh, muka tak dak perasaan.. handsome kot'

'chill la beb.. sapa kata tak handsome.. but still, handsome tu bukan dia yang punya.. dia pinjam ja'

soalan terpenting; soalan cepu emas bersalut madu

penanya soalan; beb, time couple dulu, kalau dapat hadiah selalu teringat sape?

jawapan; la.. mestila si dia.

soalan lagi; kalau dia beli makanan, lepas makan buat apa?

jawapan; weh, kami kan pantas dan efisien, sebelum makan lagi dah hantar sms cakap 'terima kasih byk2'

soalan lagi; dulu kan, time busy, tak sempat nak pi beli tiket, time hidup haru biru, huru hara sebab kerja bertimbun, assignment berbukit bukau, sapa yang selalu tolong?

jawapan lagi; mestila si dia tolong.. apa guna couple kan kalau bukan saling bantu membantu??

penanya soalan; so, sekarang??

jawapan jujur tanpa msg; semua buat sendiri. dari A-Z. tipu la kalau tak sedih.. tapi, yang paling gembira sebab lebih rasa, sebenarnya yang banyak tolong tu Allah. Lepas clash, rasa kena banyak berdikari.. banyak berdoa, banyak usaha sendiri.. kalau sibuk ke penat ke, kena juga bangun dan urus diri sendiri. waktu tu, banyak minta tolong kat Dia. Alhamdulillah, bagus jugak.. rasa pergantungan bukan lagi pada si dia, tapi hanya pada Nya..

'happy' valentine's day???

'happy' ke?

bak kata Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam buku iman dan kehidupan; zaman sekarang digelar 'zaman serba pantas', tapi kenapa tak dipanggil 'zaman kebahagiaan' atau digelar 'zaman ketenangan'?

see.. ada masalah kat situ... hurm... pesanan penaja 'say no to couple' 'say no to valentine'

'say yes to betterment!!'

chill, selamat belajar :)
p/s; saya suka 14th Feb sbb time tu my bestfriend lahir.. happy belated birthday kakak softlight!! birthday ex-classmate; Hunainah and ex-ustaz PQS; Ustaz Khairul :)

2 comments:

[ n_akn ] said...

This post is very nice la, iQah..
Super Duper SUPERB...
Penuh maksud dan pengajaran.. :)

Nazmi Studio said...

Thanks kak nailah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...