Friday, April 13, 2012

Tunas



tunas; asal kita jelas berbeza, mungkinkah kita menjadi insan yang sama?

pencari: huhu.. sedih..

pewaris: awat?

pencari: saya bukan dari sekolah agama... background family pun so-so aja..

pewaris: so...?

pencari: banyak yang tak tau.. kan best kalau dulu dapat masuk sekolah agama..


pewaris; kenapakah? (dengan nada curiousity tahap petala ke-8)

pencari: ha la.. macam-macam boleh belajar.. skrg dah lambat..

pewaris: eh.. tak.. mana ada lambat.. insha Allah tak pernah ada istilah lambat dalam bertaubat :)

pencari: untung kan? dapat background family ok.. dapat pergi sekolah agama..




pewaris: dari satu sudut memang nampak macam 'perfect' ja.. tapi tetap ada pro and cons..

pencari: kenapa?

pewaris: sebab dia cuma mewarisi.. bukan dia yang mencari.. lain situasi dia, kalau orang yang cari ni insha Allah selalunya kesungguhan dia luar biasa, 'energize from intrinsic motivation', betul-betul tulus ikhlas dari hati punya, penuh penghayatan.. golongan ni selalunya perubahan dia kekal, momentum dia jarang pudar.. Memang ada yang dapat dan faham Islam dari kecik-kecik lagi.. Ada yang dari kecik sampai besar tip-top agama, cemerlang study.. memang boleh bagi tabik spring punyalah..




pencari: tu la,  tapi ada jugak kan yang bila dah besar terus berubah.. walhal dia tu sikit punya untunglah.. macam kami ni.. teringin nak masuk sekolah agama..

pewaris: tapi umur dah tak qualified? kan.. kan? hehe

pencari: gelak pulak.. orang serious ni.. 





pewaris: ok..ok.. teruskan :)

pencari: supposedly, mana boleh dia berubah macam tu kan.. bukan senang nak dapat semua tu.. 

pewaris: tu namanya ideal vs real; kalau ikutkan yang ideal memang nampak mustahil. Tapi dunia realiti tunjuk lain kan.. Sampai ada yang kata bukan budak sekolah agama lagi baik..

pencari: fenin... fenin..,




pewaris: Tapi tu la, kalau yang setakat mewarisi agama dari keluarga tanpa penghayatan dari dalam,, memang boleh hanyut jugak.. sebab ye la, semua datang dari 'extrinsic motivation' kalau semua faktor-faktor luaran dia hilang.. sekali dengan tuan-tuan dia pun hilang..

pencari: eh, ye ke?

pewaris: serious, kalau tak percaya cuba tengak, ada yang jadi 'pelik' tiba-tiba bila kat IPT bukan sebab dia tak da agama.. kadang-kadang cuma sebab dia dah rasa teramat bebas. Ye la, kalau kat rumah kan umi & abah boleh jadi CCTV 24 jam.. tengokkan dia, tegur kalau salah, betulkan kalau silap.. kat IPT dah lain, dah tak da semua tu.. kalau ada pun, jauh punya.. tu la, kadang-kadang rasa orang yang cari sendiri lagi untung..



pencari: kenapa pulak?

pewaris: dia nampak jelas beza gelap dan terang, dia berusaha sungguh-sungguh nak keluar dari zon yang dia rasa amat tak selamat.. tapi yang dapat agama warisan ni ada yang tak bersyukur.. ish.. ish.. kufur nikmat ni.. adooi.. boleh pulak dia nak wat experiment time besar-besar..

pencari: eh, ok apa experiment? try and error..



pewaris: experiment kat lab ok la beb.. ni experiment dengan jahiliyah bahaya kot.. kang tak sempat bertaubat tak ke naya..




pencari: oh.. baru faham.. so, konklusi?

pewaris: yang penting bukan mulanya bagaimana.. yang penting akhirnya.. kalau mula tip-top tapi bila last sekali huru-hara haru-biru tak da guna gak kan.. 


pencari : (^_^)

pewaris: tapi, serious, kagum dengan ampa.. semangat juang luar biasa


asal kita lain sahabat, tapi kita tetap menuju destinasi yang sama kan? 


sape kata kat Malaysia tak da asparagus?? See, lots of love dr pokok asparagus TPU :)

mood: baru-baru ni rombongan cik kiah melawat Taman Pertanian Universiti untuk assignment tercinta. Untuk sape-sape yang berhajat nak pergi tapi still cuak-cuak lagi.. Jangan risau, tak ngeri pun.. just set appointment, langkah dia amat mudah. lagipun service kat sana memang best. serious! tak sama kawan kalau research by book ja.. turun padang melawat tapak projek tengok betul-betul komiditi yang korang kena handle secara live, lain.. even, tak da pun allocation marks for interview, still, berbaloi-baloi insha Allah..

tengok tunas; teringat dia ^^
semoga Allah terus kuatkan hatinya, mantapkan langkahnya


2 comments:

Cahaya Kelapangan said...

mantop r adk besar..tetibe termuhasabah jap si pewaris nih..

kadang2 kita rasa selesa dengan keadaan sekarang tapi sebenarnya iman kita kian melemah tanpa kita sedar...

pray 4 me my sahabt dunia akhirat..^^,

Nazmi Studio said...

bersama mereka buat selalu berasa malu..

(segan dgn orang yang tahu sikit tapi amalnya byk)

selalu org kata kita selamat tp kmi rasa kitalah yang selalu x selamat. byk lg nk kena blajar & amal kan?

regarding that prayer, insha Allah, i will.
pray 4 me too.. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...