Friday, May 11, 2012

Status? Erkk.... =.=


Mr. X: Status?

Miss Y: Undecided.

Mr. X: La. cepat la, single ke tak?

Miss Y: Kalau single pun, kalau tak decide lagi nak kahwin ke tak, sama je la kan?
(mood: cuba bagi soalan yang ada skema jawapan sikit. adoi)

Behind the scene; 

Miss Z: Ya Allah, awat la pi reject dia straight to the point.

Miss X: La, dah dia tanya straight to the point, kita kena bagi jawapan straight to the face. Kan kan? Lagipun, dia tanya ja; jadi itu namanya gaya lawak antarabangsa. Reject tu bila ada orang approach. Approach maksudnya jumpa abah saya. Kalau jumpa saya, itu lawak antara benua namanya. ni mana dapat cerita ni? cepat je..

Miss Z:  Dah trang tang tang buat lagu tu kat public mana la org lain tak taw. Kenapa tak hold on dulu? Tak nak consider langsung ke?


Miss X: Eh akak, tu sikit punya baik punya consideration tu kak. Kesian tengok dia.

Miss Z: Dia kan kaya, dia kan baik dia kan bla bla bla dan bla..

Miss X: Ha... sebab tu la lagi tak boleh buli dia. sebab dia baik sangat. kalau saya kata single lagi nanti   susah. Ni kira saya tolong dia la ni.. hehe.. tolong kurangkan cognitive space dia untuk berfikir. At least kalau ada 10 orang dalam list dia, saya tak payah jadi yang ke-11. Dia kena fikir 10 je. kan senang lagi cepat gitu..

Miss Z: La, kan dah sekufu?

Miss X: Mana ada.

Miss Z: Eh, level of education sama, bla and bla..

Miss X: Ada lagi satu kak, intention level tak sama. Dia nak, saya tak pasti saya nak ke tak. Serious, saya bukan tak fikir kak, dulu  cakap saya tak nak kahwin.. Allah hantar satu batallion, pakat-pakat brainwash, cakap saya kena jugak kahwin. Dan semuanya berputar pada hadis yang sama "Sesiapa yang tak mengikuti sunnahku, bukanlah dari kalangan umatku"

Sampai saya rasa "bukan dalam buku PSI dulu cakap kahwin tu ada hukum-hakamnya ke? Ada wajib, harus, makruh, haram. Dan saya waktu tu saya rasa tahap saya makruh sebab memang saya rasa nak balas dendam. Tapi bila saya fikir balik, amat tak profesional kalau saya buat macam tu. Dia tak salah.

Kan keadilan tu maksudnya 'meletakkan sesuatu pada tempatnya." Serious, saya tak nak memangsakan sape-sape. Lagipun, yang menjaga saya Dia, bukan dia.
Sampai tahap saya rasa, orang tak faham saya dan tak tahu apa yang saya rasa. Walhal, saya tak halangpun diorang kahwin. Siap offer tolong buatkan banner lagi.. ^^

Tapi takpe kak;

Rasulullah yang handsome lagi awesome faham saya.. Hehe..
 (p/s: ini kak Fatimah Syarha yang cun yang tulis ye)

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya:“Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.”


Sabda Nabi kepada gadis yang dimaksudkan:“Ikutlah cakap ayah kamu itu.”
Jawab si gadis:
“Saya tidak akan berkahwin sehingga Rasulullah SAW menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri.”

Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan.”
Jawab si gadis:
“Demi Allah! Kalau begitu (beratnya) tugas isteri, aku tidak akan berkahwin selama-lamanya.”
Sabda Nabi kepada bapanya:


“Jangan engkau paksa dia berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.” (Qadaya al-Mar’ah, halaman 128.)

 Daripada kisah ini, dapat kita kutip hikmah bagaimana Rasulullah SAW meraikan suara hati orang yang dihadapinya. Wanita itu lebih tahu setakat mana kemampuan dirinya sendiri untuk tidak memikul tugas berat sebagai isteri. Jika dia yakin dia tidak mampu, maka seorang ayah tidak dibenarkan memaksanya berkahwin.

Adakah perbuatannya dikira menolak sunnah Nabi?
Tidak!



Rasulullah tidak melabelkannya begitu. Wanita itu barangkali tetap menerima sistem perkahwinan berlaku ke atas orang lain, tetapi menolak perkahwinan berlaku ke atas dirinya sendiri kerana sesuatu sebab, itu adalah haknya. Hukum asal berkahwin iaitu sunnah boleh berubah-ubah kepada haram, makruh, harus dan wajib bergantung kepada individu.

Berkata Imam Ghazali, sebenarnya apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW tentang tugas isteri, itulah juga yang dimaksudkan kepada lelaki terhadap isterinya. Jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya, atau menganggap isteri hanya pada waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya.” (Muttafaq alaih).

Miss Z: Owh. ok. Habis tu bila nak decide lagi.

Miss X: Hari tu saya ada gak fikir, tapi tu la, tak sempat habis fikir, ada keje lain datang.. So, saya pause je la.. Hehe..

Miss Z: Ya Allah, sampai bila??

Miss X: Alaaaa.... banyak lagi la plan lain kak.. Kena study sampai tahap paling tinggi, kena kerja dulu, kena jaga adik-adik, make sure diorang ok :)

Miss Z: Ni memilih sangat ni.

Miss X: Erk?? Ke situ pulak.. Mana ada.. tapi akak buat saya teringat soalan umi, waktu kecik-kecik dulu, bila umi tanya nak suami yang macam mana. Saya cuma kata saya nak yang kaya. Tak kisah la kalau tak hensem pun. Pastu umi tanya kalau dia miskin? Memang waktu tu dengan bangganya saya jawab "kalau dia tak kaya, dia tak boleh masuk rumah. dah kaya balik baru boleh masuk." tapi kan bila dah belajar, saya dah tak nak jadi materialistik la kak... saya nak jadi pahalalistik pulak..

Miss Z: Hah?

Miss X: Kahwin tu kan macam bisnes. kalau tak menguntungkan jangan. So, kalau nak jugak kena make sure dengan adanya dia, anda akan menjadi extra solehah, extra baik hati, extra berbudi pekerti, extra beriman, extra bertaqwa. extra pahala. extra itu dan ini. barulah pahalalistik. barulah boleh bawak masuk syurga.. hehe

Miss Z: pergh! banyaknya extra (^_^)

Miss X: Eh, mesti.. kalau tak, baik jangan.

Tapi kan kak, kadang-kadang saya hairan,

insan-insan yang excited nak kahwin ni, diorang betul-betul taw ke kahwin a.k.a nikah yang connecting people tu sebenarnya apa.kenapa.bagaimana.

ke... cuma ikut-ikut orang je?

apapun,; dengan ini, saya mendoakan yang baik-baik dan terbaik untuk akak, dia dan semua yang hadir membaca post yang 'gaya luar alam' ni. Lagi, mohon doakan yang sama buat saya ya. Semoga, seandainya kita diuji, Allah menguji dengan ujian-ujian yang mampu kita hadapi. Amin.

11 comments:

Anonymous said...

haha..comella baca post ang kali ni..suke2..memg ni iqah punya tulisan..ehem,ada sumthing tak share kat org kt umah ker??hehe..ni ak,kakak num 2 ang.. :p

softlight said...

wah wahh wah.... sebelum nie post pasal cinta sudah....
kali nie pasal kawin pulak..... teruja baca...
ayat yg di buat memg cara perbualan kamu hehehe.....
apa yg penting bila dah ade yg jumpa abahmu jgn lupa kabor2kan pada kmi jugak (^__~)

Bie'z said...

i like ur post mucho2 haha
mcm kenai jah anonymousE tu heee~
pergh...osem laa.Byk pulak MISS ya? Apsal x tulis je nama anda hehe
anyway, satu post yg memberi manfaat.Keep up da good work sis! i know u can jadi penulis.U wanna try?haha

Nazmi Studio said...

to org umah:
aq ni kan 'pemalu' org nya.. haha.. tu yg kte bior kan je cter ni jd underground.. bukan mudah rakyat msia nk wat lawak ant benua lagu tu..

to yana:
pasal kahwin ke.. cer baca lg skali.
ni post ttg formula plg berkesan utk menolak dgn cara yg plg best. 2-2 pihak pun x sakit. haha. tetiba kami rasa ada bakat jadi saintis

to kak bie:
if we refer to literary text;
writers normally use anonymous characters to indicate that : sesape pun bley jd karakter tu..
hehe..

jd penulis?
bley x tlg arrange 1 utk kmi..
kmi nak tulis buku 'legasi umi mithali' la (^_^)

[ n_akn ] said...

I like this story.. :)

Nazmi Studio said...

i like kak nailah much much more ^^ haha, pengarah-kegemaran-saya dtg mlawat tapak projek la

Bie'z said...

teacher to bie tulis omputih laa plop hehe

pandai tqah ye bab2 literary..kami dok tahu apa2 hehe

legasi umi mithali?ligatee legacy residuary...oh dah ada tulis bab2 nya ke? hohoooLICK

Nazmi Studio said...

teacher to be.. dh mcm bunyi teletubbies ja :D

kami dok pandai literature pong.. sbnrnya, kmi suka linguistik lg dr literature.. baca senang kak bie, nak analyse tu yang fenin..

legasi umi mithali?
hehe.. x mula pape pun..
cuma rasa kalau ada chance nak cter ttg umi. ^^

Bie'z said...

haha macam2 plop dh teletubbies bagai

so true! nk analyse memang payah n sakit jiwa daaa...huhu

oit...igtkan dh ada tulis heee~.If like that aaa,xpe...tulis sikit2 slow2 lama2 jd lah buku.Menulis ni sbnrnya kena banyak SABO, kena DISIPLIN huhu

Mirnazmilove said...

kak tiqah..I think kna buat correction..kat buku syariah kot..PQS rasa mcm takde pun..

Nazmi Studio said...

lah... ye ke.. ha'ah kan munakahat dlm PSI.. ok, righto, thanks sis ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...