Saturday, May 26, 2012

Yes! You Can!

Di sebalik kesengetan yang melanda..
(senget sangat ke? jap... sila abaikan kenyataan di atas)

Ok. Selamat datang. Selamat membaca.
Ini bukan warta dunia. Ya, sudah tentu bukan.

Namun begitu, tuan punya tanah ingin berkongsi sebuah cerita.
Al-maklumlah sejak dari dulu lagi dia jatuh cinta dengan ustaz Pahrol.
Ops! Bukan-bukan!
Sebenarnya dengan penulisan dan penyampaian ustaz Pahrol yang menarik tertarik.

Untuk slot ulangan percuma boleh baca di sini (^_^)
(p/s: ia sudah diedit, ditambah rencah sesuka hati oleh tuan punya tanah.Namun, maksud asal masih dikekalkan. Jadi, jika mahukan versi asal sila dengar slot mukmin profesional di Ikim.fm) 



Kata Ustaz Pahrol;

Tanda pemberontakan seorang hamba.. 
"mengubah kebiasaan"
jika sebelum ini.. kemas bukan main..
bila stress.. terus kusut lagi masai!
jika sebelum ini.. rajin tak ingat dunia..
bila stress.. malas tak nak buat apa-apa!

Ya, sebagai insan biasa, 
tipu lah kalau kata tak da masalah.
tipu lah kalau tak stress.
Serius. Confirm. Mesti ada!

Saya amat yakin, orang yang paling bermasalah adalah orang yang mengaku dia tak da masalah.. (huhu.. itu tak normal namanya) 

Tapi.. ingat, saya ulang, sila ingat:

kebanyakan orang bila behadapan dengan masalah dia berkata,
"asyik-asyik aku"
"orang lain tak kena pun... tak aci, tak aci"
"wargh!!!! agak-agakla bro.. lu langsi lu mati! haish!"
"bukan baru settle je ke masalah hari tu... huwaa.. penat lagi pening la macam ni"

Sedangkan sahabat-sahabat Rasulullah yang hensem lagi awesome bila berhadapan dengan masalah berkata:
"sesungguhnya, aku terpilih untuk diuji"
"sudah berlaku janji Allah ke atas diriku"

tidak beriman seseorang kamu selagi tak diuji.

Impaknya?
mereka bersedia, mereka menerima masalah sebagai ujian.
Mereka redha, syukur dan kesemua stress ditangani dengan jayanya.
Hasilnya, ujian bertukar menjadi PAHALA.
Tender akhirat bertambah.

Analogi dari Ustaz Pahrol: Ujian merupakan Tol kehidupan.
Nak masuk syurga kan?
Ha! Mesti kena bayar tol.
(Nak balik kampung bersuka ria pun kena bayar tol)
Jadi, tol ke syurga pasti mahal harganya, 
setimpal dengan destinasinya.

Please take note: menurut ahli psikologi
"rintihan perlu didengari sepertimana perlunya manusia terhadap makanan"

Maka, di antara caranya adalah:

Langkah 1. Cerita kepada orang yang disayangi lagi dipercayai.
Jangan pendam.

Ops! Tak da sapa boleh caya?

Langkah 2: Tulis. Tulis. Tulis.
Luahkan segalanya di atas kertas.

Tak suka menulis?
Tak pa.. Ada lagi cara;

Langkah 3: Bela haiwan kesayangan.
Kalau rasa sayang lembu. Boleh bela lembu. Kat upm ada banyak.
Sebut je baka apa yang nak. Kita boleh adjust ^^
(Rasional: Meluahkan kasih sayang kepada binatang boleh mengurangkan risiko sakit jantung)

Lembu tak muat nak taruk dalam rumah?
Aigoo Aigoo. Tak pa.
Ada lagi cara:

Langkah paling baik punya!!:
Mengadu pada Nya
Bak kata Ustaz Pahrol "kalau mengadu pada hamba-hamba Allah yang lemah (orang yang kita sayang, kertas dan lembu) kita beroleh kekuatan.. Apatah lagi kalau kita mengadu pada Allah, Dia bukan setakat mendengar, bahkan mampu membantu menyelesaikan (^_^)

Nota kaki tak bertangan:
kepada yang bertanya. Ok. Saya minta maaf secara terbuka.
Bila saya tak bercerita, bukan bermakna saya tak percaya.
Saya cuma mahukan peluang untuk berdikari;
Definisinya: berdiri atas kaki sendiri dengan bantuan Illahi.
Itu saja. Terima kasih atas perhatian, keprihatinan, kasih dan sayang.
Semoga Allah lebih-lebih sayang dan cinta dengan anda.
Tolong doakan saya ya (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...