Salam alaik,
pernah dengar sajak ini?
Guru O Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang, 1979
Mesti ramai yang sudah sedia maklum dengan sajak ini kan?
Sehebat manapun anda,
Sebijak manapun anda,
Secekap manapun anda..
Semuanya bermula dari seorang guru..
Mengimbas kembali hidup..
mengutip kata-kata sang murabbi..
1. kalimah keramat Ustazah Khairul Badriah sewaktu Tingkatan 1,
'Jikalau tiada cinta untukmu, cukuplah cinta Allah sebagai penyuluh hidupmu. Kelak akan ada cinta untukmu sepertimana cintamu kepada Nya'
insha Allah 2 ayat ini mampu memadam perkara dan lintasan yang bukan-bukan yang boleh menggugah hati dan perasaan.
Jadi, bila ditanya 'tak sunyi ke?, tak pelik ke, couple kan trend?'
Jawapannya kan mudah.. ' Allah kan ada,,' 'so, langgar syara' pun boleh jadi trend jugak ke?'
2. mutiara kata Cikgu Zaiton sewaktu selepas SPM,
'kekuatan sebenar itu bukan letaknya pada susuk tubuh yang kuat tetapi pada kekuatan rohani. Sejauh manakah hubungan hati dengan Allah..'
3. ingatan berharga dari Cikgu Azmi Bahari,
' cikgu tak boleh dengar kalimah -- kalau Allah tarik balik hidayah...'
sewaktu cikgu mula mengenal Islam yang sebenar..
mengimbas kata-kata senior di Matri..
kata Kak Fatimah Sofie,
'xpe, kita cuma usaha, natijahnya biar Allah tentukan.. Ingat, hati-hati dalam semua perkara..'
memegang kata-kata Puan Faridah..
'mak cik, kenapa.. kalau macam ni... kenapa dan kenapa? tak boleh ke kalau semua orang fokus study, dapat kerja dulu, jaga umi abah dan adik-adik.. baru lepas tu fikir pasal jodoh? Penting sangat ke jodoh tu?'
Puan dengan sabar menjawab "perasaan itu kan fitrah remaja, tentang jodoh, kita hanya boleh meminta (doa), biar Allah yang mencari"
'mak cik, macam mana ye, ini kes terpencil ni.. kalau cakap dengan lelaki lemah-lembut, kalau cakap dengan perempuan sama je sempoi.. kan bagus kalau cakap dengan perempuan lemah lembut, cakap dengan lelaki tegas.. Satu lagi, kalau tak boleh nak cakap lemah lembut macam mana mak cik? huhuhu.. main cakap pukul rata je..'
Jawapan yang diberi:
'apapun yang kita buat berlandaskan syara'. Islam kan ambil yang di tengah-tengah.. tak lembut sangat, tak kasar sangat.. Maksudnya, bercakap mengikut situasi.. Contohnya Zainab Al-Ghazali, waktu dia bagi tazkirah untuk kaum muslimah, dia cakap dengan lemah lembut. Tapi masa dia berucap untuk kaum muslimin, suaranya lantang..'
Wallahualam.. Happy Teacher's Day! to all teachers all over the world and also all teacher trainee :)
No comments:
Post a Comment