Selamat Hari Ibu..
Semoga Allah meredhai umi sentiasa.,,
Semoga umi sentiasa dipayungi limpahan kasih Nya..
Selamat Hari Ibu,
jangan diungkap sehari cuma.
jangan dihayati sedetik cuma.
kasihnya sepanjang masa..
rindu untuknya biar kekal sentiasa.
Kepada mereka yang masih punya umi,
didiklah hati mencintainya,
latihlah diri mematuhinya..
kasihnya membawa kita ke syurga..
redhanya biar milik kita sentiasa..
kerana kita tidak akan pernah tahu saat terakhir bersamanya..
yang pasti detik itu bisa merubah segalanya..
Kepada mereka yang telah ditinggalkan umi,
didiklah hati menerima ketentuan Nya..
bukan mudah untuk bertatih tanpa dia di sisi
bukan mudah untuk bernafas bila dia sudah pergi
bukan mudah untuk menerima kerana dia permata hati
pemergiannya bukan pengakhiran sebuah kehidupan..
pemergiannya adalah permulaan sebuah ujian..
untuk belajar menghayati hikmah sebuah ketentuan
untuk belajar memahami erti sebenar kasih sayang
teruskanlah hidup sebaik-baiknya..
kerana hanya jasadnya yang telah pergi..
semangat dan nasihatnya sentiasa hidup..
tersemat kemas di hati..
menjadi pengubat di kala mencari
'erti kasih makna sayang'
SeMoGa Allah Redha
No comments:
Post a Comment