Saturday, May 21, 2011

Sebuah perhitungan?

'Life is about making decision...'

salam alaik,

Sebuah perhitungan.

Tika jari masih lagi pantas berlari,
Berbekalkan sedikit tenaga.
Memproses maklumat yang muncul dari sini dan sana.



Akhirnya akal memandu arah.
Hati membulatkan tekad.
Keputusan diambil.
Borang diisi.

Namun,
hasilnya hampa,
hati berlagu kecewa.
Terasa salah..
Keputusan yang tidak-tidak.

Tamakkah?
Ikhlaskah?
Tujuan utama berblogging?

'review your heart..'
'explore, explore, explore'

Teringat kembali buku Tafsir Al-Quran Bergambar Kanak-Kanak di Nurseri semalam.
Teringat keletah Si Kecil Auni, Akmal & Hazim..

'Akak, cerita pula tentang pintu ni...'


Antara 2 pintu

Analogi ringkas. Kita semua sedang menempa sebentuk kunci sebelum kembali pulang. (Untuk lebih spesifik, cuma fokuskan pintu berwarna merah dan hijau)

Pintu merah.

Bahan-bahan untuk membentuk kuncinya mudah. Ikut kehendak nafsu dan syaitan. Kesenangan sementara di dunia. Kesengsaraan hakiki di akhirat. 

'Jadi, kalau kami tinggal solat nanti kunci tu boleh buka pintu merah sahaja kan?'

sebab pintu merah itu pintu ke neraka..

Pintu hijau

Bahan-bahan untuk membentuk kuncinya lebih sukar. Kena ikut apa yang Allah perintahkan. Tapi, hasilnya lumayan, kesenangan dan kebahagiaan abadi di akhirat, (^-^)

kena banyak-banyak sedekah, banyak-banyak buat amal soleh.. barulah boleh masuk pintu ke syurga (^_^)

Konklusi

Belajar dari si comel, tidak semua yang indah itu bakal membawakan hasil yang indah. 

Hati yang kadang-kadang senget;
'wargh, iklan je kot, bukan susah sangat pun. isi borang, edit sikit sini sana. Kemudaian, post dekat blog. nanti orang klik dapat duit, nanti dapat duit boleh beli itu dan ini... ala, letak 3 sahaja. dekat atas, dekat tepi, dekat bawah. orang lain pun buat apa?'

Hati yang bagus sikit;
'betul ke ni? dah habis check? iklan tu nanti promosikan apa? banyak baik ke buruk? Halal? Haram ke syubhah? Sudah tanya orang yang lagi pakar? Ustaz ada cakap apa-apa ke?'

Akhirnya : keputusan di tangan anda! tepuk dada tanya iman.. tanya hati nanti mati nak masuk ikut pintu mana?

Wallahualam.. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...