Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri (^_^)

Assalamualaikum pembuka bicara,

Dedikasi khusus buat :

keluarga, sahabat handai, sahabat setia, senior-senior & junior-junior, mak cik -mak cik, pak cik-pak, cikgu-cikgu, murabbi-murabi, pembaca tanpa suara, silent readers seperti saya (kita geng!!), pengomen yang setia dan kamu, awak dan dia. Juga, buat semua yang mengenali diri ini. Salam aidilfitri saya hulurkan :)

Serious, ini serious! Minta maaf sebanyak-banyaknya.

Maaf, andai TERlanjur bicara.
Maaf, andai TERguris hati di mana-mana,
Maaf, andai TERbuat yang entah apa-apa,
Maaf, andai TERpost yang tak sepatutnya,
Maaf, andai TERkurang sini dan sana,
Maaf, bilamana diri ini tak sempurna...
asyik TER itu dan TER ini..

ish.. ish.. ish..


Pertolongan, ya, mohon pertolongan.

Pertolongan cemas dari anda yang budiman.

Tolong doakan saya. Agar segala yang kurang dapat dibaiki. Agar segala yang lebih dapat ditingkatkan.

Kejap, kenapa macam hilang mood nak raya?

Kalau zaman kanak-kanak riang ria sangat excited tak ingat dunia..

Rasa sayu, sebak..
Teringat dia.
Tertanya-tanya apa khabar dia di sana?
Tersenyumkah? Bersedihkah?
Tanpanya di hari raya. Masakan masih sama suasananya..
Masa berlalu, musim berubah. Semoga dia damai di sana. Amin (^_^)

Ramadhan ini penuh cerita.
Rasa senang, rasa gembira,
Rasa tenang menghapus duka,
Rasa seribu kali rasa, tak mampu digambarkan dek kata-kata.

Cuti ini juga penuh cerita, 
Rasa seperti tak mahu berhenti tersenyum.
Senyum bukan petanda gila.
Senyum.
Cuma mahu tersenyum. Itu sahaja (^_^)

Pastinya, kerana adanya anda : pencorak kanvas warna warni kehidupan :)


Untuk semua : CopyCat dari sahabat yang baik hati (Thanks Atikah Razak)

Menghidupkan Eidul Fitri:

1. Qiyamullail pada malam hari raya Eidul Fitri
    Dari Abu Umamah RA Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada 2 malam Eid (Eidul Fitri dan Adha), dengan ikhlas kerana Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia. [HR. Ibnu Majah].

    2. Mandi, menggunakan minyak wangi dan berpakaian rapi pada pagi hari raya Eidul Fitri
      Dari Fakih bin Sa’d bahwasanya: Rasulullah SAW senantiasa mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Eidul Fitri dan hari Eidul Adha. Dan Fakih (perawi hadis ini) senantiasa memerintahkan keluarganya untuk mandi pada hari-hari tersebut. [HR. Ahmad]

      3. Mendatangi tempat-tempat dilaksanakannya solat Eid dengan berjalan kaki dan memakan sesuatu sebelum berangkat.
        Dari Ali bin Abi Thalib RA berkata, termasuk sunnah jika kamu keluar mendatangi tempat solat Eid dengan berjalan kaki dan memakan sesuatu sebelum pergi ke tempat solat Eid.” [HR. Turmudzi]

        4. Bertakbir mengagungkan Asma’ Allah SWT
          Dari Ummu Athiyah RA berkata, kami diperintahkan untuk mendatangi tempat solat, bahkan perawan di pingitannya dan wanita yang haid diperintahkan untuk mendatangi tempat solat Eid. Hanya mereka berposisi di belakang saf kaum muslimin. Mereka bertakbir dengan takbir kaum muslimin, dan berdoa dengan doa kaum muslimin, dengan berharap keberkahan dan kesucian hari tersebut. [HR. Bukhari]

          5. Melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang dari tempat dilaksanakannya solat Eid
            Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW apabila pergi (ke tempat solat Eid) pada hari Eid melalui satu jalan, maka beliau kembali dari tempat tersebut melalui jalan yang berbeza.”

            6. Saling bermaaf-maafan seraya mendoakan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita.
              Dari Khalid bin Ma’dan RA berkata, aku menemui Watsilah bin al-Asqo’ pada hari Eid, lalu aku mengatakan, ‘TaqabbalAllahu minna wa minka”. Lalu ia menjawab, ‘Iya, TaqabbalAllah minna wa minka,’. Kemudian Watsilah berkata, ‘Aku menemui Rasulullah SAW pada hari Eid lalu aku mengucapkan ‘Taqabbalallah minna wa minka’, kemudian Rasulullah SAW menjawab, ‘Ya, TaqabbalAllah minna wa minka’ [HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra]


              • Solat Eidul Fitri
              -          Hukumnya sunnah mu’akkadah, kecuali mazhab Abu Hanifah yang mengatakannya fardhu kifayah.
              “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni’mat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” [al-Kautsar: 1-2]
              “Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.” [al-A’la: 14-15]

              -          Tatacara pelaksanaannya:
              “Hendaknya kaum muslimin keluar menuju tempat khusus untuk solat Eid sambil takbir, sampai matahari meninggi kira-kira beberapa meter. Ketika itu, hendaklah imam berdiri untuk mengimami solat Eid (tidak diawali azan mahupun iqamat) sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama ia takbir 7 kali, di luar takbiratul ihram dan makmum mengikutinya. Kemudian ia membaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la dengan suara keras. Pada rakaat kedua, hendaklah ia takbir 5 kali di luar takbir saat berdiri dari rakaat pertama. Kemudian ia membaca al-Fatihah dan surah al-Ghasyiyah atau adh-Dhuha. Setelah ia salam, hendaknya ia bangkit berdiri untuk menyampaikan khutbah kepada jemaah…” [al-Jaza’iri dalam Minhajul Muslim]

              -          Hukum orang yang masbuq (terlambat)
              ‘Siapa yang tidak mengikuti solat Eid berjemaah, hendaklah ia solat 4 rakaat. Adapun bagi orang yang masih dapat mengikuti sebahagian daripadanya bersama imam, sekalipun hanya tasyahud, hendaknya sesudah ia berdiri dan solat 2 rakaat sebagaimana lazimnya solatnya orang yang masbuq dalam solat-solat lain.’ [Ibnu Mas’ud]


              • Hal-hal yang Dilarang dan Dimakruhkan dalam Eidul Fitri
              1. Berlebih-lebihan dalam mengkonsumsi makanan (bazir)
                Dan makan dan minumlah kalian, tapi janganlah kalian berlebih-lebihan. Kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan [al-A’raaf:31]

                2. Berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berdandan
                  “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” [al-Ahzab:33]

                  3. Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya
                    “Dari Urwah RA, bahwasanya Aisyah memberitahukannya tentang bai‘at wanita. Aisyah berkata, Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh dengan tangannya seorang wanita sama sekali.” [HR Muslim]

                    4. Berlebih-lebihan dalam ketawa dan bergurau
                      Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. [at-Taubah:82]

                      5. Boros dalam pengeluaran wang
                        Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. [al-Furqan:67]

                        -sekadar perkongsian-
                        ~PURITY COMES FROM FAITH~


                        1 comment:

                        ~halawati~ said...

                        ‎..taqabbalalluhu waminna waminkum,taqabbal ya kareem,siyamana wasiyamakum,minal aidil wal faizin..

                        semoga ALLAH S.W.T menerima segala amal ibadah kt di bulan ramadhan,menerima puasaku dan puasa kalian dan semoga kita termasuk dalam golongan yg kembali kpd fitrah n meraih kemenangan,i.allah..amin ya rabbal 'alamin.

                        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...