Alhamdulillah tamat sudah orientasi 4 hari di UPM sana.
Terima kasih pada kakak-kakak dan encik-encik FU (fasi universiti) yang banyak membantu (^_^)
hijau itu menenangkan. padang itu juga, kata mak cik yang penyayang, sebab semuanya berzikir pada Nya. Namun, situasi boleh menarik itu semua. urm.. |
Secara jujurnya ada perkara yang menyebabkan orientasi di 'blacklist' dengan jayanya.
Perkara yang memberatkan langkah. Lagi-lagi setelah melalui cuti selama 4 bulan..
Perkara yang dianggap kecil oleh sesetengah orang.. tetapi amat besar.. Orientation turn to be a nightmare.. Fuh!!
Ini cerita zaman dahulu kala.
Masa mula-mula jadi freshie.
Rasa seribu satu rasa yang menyebabkan orientasi itu dirasakan amat menyeramkan.,
Kenapa oh mengapa?
Tuck in : untuk mereka, bukan untuk saya. |
Bila fikir-fikir balik kali terakhir tuck in baju dalam seluar masa umur 6 tahun.. Maka, amatlah tidak bahagia sama sekali apabila fasilitator-fasilitator mengeluarkan titah perintah untuk melakukannya lagi.
Tak, memang tak 'awesome' sama sekali. Lagi-lagi bila pakai tudung labuh dan tuck in. Cuma nampak tudung dan seluar. Boleh bayangkan? Dah rasa macam alien dari planet pluto..
mereka; penguatkuasa tuck in : 'tak boleh ke kalau awak ikut je peraturan?'
suruhanjaya tuck in : 'tahu tak awak tak tuck-in nampak macam mak cik cleaner?'
'Encik, saya tak selesa dan saya tak nak. Pelik. Lainlah kalau saya lelaki. Memang nampak kemas dan macho. Sesuai.'
dan terus bom itu meletus. Mereka marah. Amat-amat marah. Sungguh, umi dan abah tak pernah marah seperti mereka walhal pernah melakukan kesalahan yang lebih besar. Padang yang amat indah kehijauan itu seakan bertukar warna. Hijau yang menenangkan terus pudar.. Hilang seri.
'Encik, kenapa saya perlu tuck in?'
'Awak tak baca ke peraturan?'
Sesak.. Sesak otak memikirkan undang-undang yang menyakitkan..
'tuck in la, faktor keselamatan..'
'Encik, duduk dalam dewan dengar ceramah je pun kena tuck in ke? selama ni saya tak tuck in selamat je..'
'awak tak dengar ke arahan tadi? kalau cikgu pelatih pun tak dapat nak ikut arahan mudah macam tu macam mana awak nak expect anak murid awak ikut cakap awak??'
.... pulak dah, ...
Kes Kem Kepimpinan
Encik Fasi : kan saya dah kata tadi tuck-in.
'Encik, t-shirt labuh mana boleh tuck-in.'
Encik Fasi : dah, pergi tukar pakai t-shirt maktab.
'tak bawak'
Encik Fasi : boleh tak kalau awak tak melawan?
'betul, tak da.. ni pun t-shirt juga kan?'
Malam yang cemerlang (^_^)
'Encik, boleh tak saya tak nak tuck in?'
Encik Pensyarah : kan tu peraturan..
'Memang, tapi kalau tuck in t-shirt labuh nampak macam ibu mengandung. Boleh ye?'
Encik Pensyarah : ok, nanti saya cakapkan pada fasi-fasi.
<<< fuh, alhamdulillah, selamat >>>
Berita gembira : tak perlu tuck in jika anda memakai t-shirt labuh. Tapi cuma untuk Kem Kepimpinan sahaja. Pulang ke IPTI, peraturannya tetap sama..
Tuck in : hanya sesuai untuk acara lompat melompat sahaja. Yang lain tak.. lagi-lagi untuk perempuan Islam..
Doa. Doa. Doa. Doa kan senjata orang mukmin..
Alhamdulillah. Program bertukar. Disebabkan intake ke3 tak kunjung tiba maka 2 kelas PISMP Tesl dipecahkan menjadi 3. 1 kelas akan bertukar program : B.Ed Tesl. Twinning dengan UPM selama 2 tahun. Tak lagi terikat dengan peraturan tersebut. Tiada lagi gerko di padang IPTI sekali seminggu. Ko-kurikulum semuanya di UPM. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar, betapa tak mampunya diri mengikuti peraturan sebegitu.
Padang itu tampak hijau indah berseri!
Tempat paling cantik di IPTI adalah padangnya yang luas. Amat cantik. Masa yang paling seronok ke sana adalah selepas subuh. Segar dan tenang. Duduk di astaka sambil melihat matahari terbit. Sungguh, cantik sangat-sangat. Hari ini masih berpeluang ke sana. Subhanallah, bila tak perlu tuck-in rasanya luar biasa.
Orientasi di IPTI amat best sebenarnya jika tiada isu tuck in..
ada gotong-royong, ada aktiviti berkumpulan, seimbang antara ceramah dan aktiviti riadhah (^_^)
Orientasi di UPM pun best sebab tak payah tuck in.
Cuma agak menguji minda bila pagi, tengah hari, petang dan malam semuanya ceramah.
Dah rasa macam pelajar paling skema dalam dunia :)
Alhamdulillah masih ada senam seni dan sesi melawat booth kelab-kelab dan persatuan walau setengah hari cuma :)
Belajar. Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan.
Apapun yang terjadi.. masih ada Dia (^_^)
Nampak rumah di depan mata
Angau ke? Beli makanan teringat chef kat rumah.. Pergi kelas pun boleh teringat rumah. Homesick. Oh, apapun yang berlaku tetap nampak rumah. Nak tengok movie, baru je tekan play teringat komen udin dan najmi kat umah.. Gelak ketawa tengok movie ramai-ramai. Haru..
Duduk diam dan berfikir. Tak pe, sekejap je. Habiskan sem ini sebaik mungkin. Apapun yang terjadi, asalkan kerana Dia, insha Allah boleh sokmo (^_^)
Yakin : Sila yakin sesungguh hati
Rasulullah bersabda : Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga. (HR Tarmizi)
3 comments:
moga terus thabat dik..
^_^
huh..xmo masuk u la mcam ni
to k. halawati : thanks akak (^_^) tolong doakan ye. upsi ada x kes terpencil macam ni??
to saleem : uish, mana boleh macam tu.. sila masuk u cepat2. no worries, lain tempat lain cerita :)
Post a Comment