Wednesday, March 2, 2011

sajak cemerlang gemilang terbilang :)

assalamualaikum.

salam syg
salam ceria
salam hebat
salam riang
salam bahagia

sbnrnya, nak share sajak yg abah tulis je.
hu3 - salam perjuangan dr pembaca sajak tegar =)

SELAGI RINDU MENGUSIK KALBU
SELAGI SENDU MENGUSIK KALBU
SELAGI PILU MENGELETEK KALBU
SELAGI SAYU MENARAH KALBU
SELAGI SEMBILU MEROBEK KALBU
SELAGI KEAYUAN MENITI KALBU
SELAGI RAYUAN BERTAHKTA DIKALBU
SELAGI MALU MEMAHAT KALBU
SELAGI  ITU BAHAGIA MENYAPA KALBU
SELAGI ADA WAKTU BAHAGIALAH KALBU
SELAGI BAHAGIA MENGIMANI KALBU
SELAGI ITU TAUBAT MEMAGARI KALBU
SELAGI ITU CAHAYAKAN MENYINARI KALBU.
SELAGI WAKTU MENGASIHANI KALBU.
SELAGI HAYAT BERSEMADI DIKALBU
SELAGI MAMPU BERJUANGLAH KALBU
SELAGI ITULAH RUANG UNTUK BERKALBU.

DI SINI HATIKU TERBUKU

DI SINI HATIKU TERBUKA
DI SINI HATIKU TERGODA
DI SINI HATIKU TERPUKAU
DI SINI HATIKU TERPALING
DI SINI HATIKU TERBUANG
DI SINI HATIKU TERLUKA
DI SINI HATIKU TERPAKSA
DI SINI HATIKU TERSIKSA
DI SINI HATIKU TERCALAR
DI SINI HATIKU TERGURIS
DI SINI HATIKU TERTEKAN
DI SINI HATIKU TERTAWAN
DI SINI HATIKU TERUJA
DI SINI HATIKU TERPUJI
DI SINI HATIKU TERUBAT
DI SINI HATIKU BAHAGIA
DI SINI HATIKU BERUSIA
DI SINI HATIKU BERSISA
DI SINI HATIKU BERJAYA
DI SINI HATIKU BERTAHKTA.
IMAN, TAQWA DAN KEABADIAN NAN SATU. (ALLAH)
Bukan satu,dua,tiga ataupun empat……………pelengkap diri.
Kerana di sana hati kita kadang-kadang dipermainkan.
Dari teratak repoh/ perlis ---- 10.05/18.2.11

Pungut dan buang

Pungutlah kebahgiaan
Pungutlah ketenangan
Pungutlah kegemilangan dan kecemerlangan
Pungutlah kemanusiaan nan terbilang
Pungutlah cebisan kesetiaan
Pungutlah hembusan kemesraan
Pungutlah semangat kededikasian
Pungutlah kudrat mengapai kemuliaan
Pungutlah mawar kesyukuran
Pungutlah cawan keperihatinan
Pungutlah secangkir redha keilmuan
Buanglah kepayahan
Buanglah belenggu kebodohan
Buanglah rantai kecelaruan
Buanglah sampah kemalasan
Buanglah pahit hempedu nan rawan
Buanglah kekecewaan di mangkuk kepastian
Buanglah hina diri, gantikan diri nan budiman
Buanglah sedih di telaga kelupaan
Buanglah miskin, kayakan akal keperibadian
Buanglah kepura-puraan di pohon keabadian
Buanglah lakonan di pentas kepalsuan
Buanglah yang buruk gantikan cadar kebaikan.            3.45/desa repoh. 19/2/2011/sabtu.

Kepayahan menarah bahagia

Ombak dugaan membadai
Onak duri lara mencekam
Ombak takdir berlari pasti
Kepayahan merantai diri
Menarah pasrah di bumi nyata
Selimuti kenangan di makam kelupaan
Merakam kepayahan berkelana
Musafir kepayahan di pelabuhan
Kepayahan merayu pergi
Keperitan menangis hiba
Kebodohan mengemis simpati
Kepenatan kepayahan diseligi
Kebenaran itu pasti
Kematian itu pasti
Kehidupan buat kebahgiaan
Kemusnahan buat kepayahan
Kemusnahan buatmu keresahan
Kebahagian melambai-melambai
Kepayahan dan kebahgian abadi
Di persinggahan muara batin
DI Persinggahan yang tersirat
Di muara kenyataan  berhakikat makrifat
5.99 pagi .desa repoh. 20/2/11

Inginku berbicara

Sebuah kisah bahgia
Tiada duka nestapa
Tiada lakonan semata
Tiada kepalsuan memamah diri
Tiada keayuan simawar terserlah
Senyummu  bukan tangisku
Senyummu bersalut hempedu
Sayonara buatmu simunafik
Sayonara buatmu pengkianat
Salam perkenalan buat keceriaan
Salam kejujuran buat keikhlasan
Salam persahabatan buat kebahgiaan
Dalam diri ada harga diri
Dalam pasrah ada arah nan dicari
Dalam parah ada petunjuk bercahaya
Panah kejayaan membunuh kegagalan
Punahlah kekecewaan rebah di bumi nyata
Penawar rindu buatmu kegembiraan
Kerana kini daku berbicara sendiri
Kerana kini lariku bukan pengecut lagi
Lonjakan pahlawan waktu.
Lompatan saujana memeluk kenyataan
Mendakap redha Allah di pusara abadi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...